Kita Miskin Sebab Kita Tidak Membaca

Tak, kita miskin hari ini bukan sebab kita beli Honda. Bukan sebab kita tak beli rumah dulu. Bukan sebab kita tak melabur di ASB. Kita miskin bukan sebab kita pakai Proton masa beli kereta pertama.
Atau sebab kita hanya mampu bayar Kancil EX660 je. Bukan itu sebabnya kita miskin.
Kita miskin, kerna kita tak membaca. Negara China terbitkan sehingga 440,000 buku baru setiap tahun. Amerika yang aqidahnya kita kata tak betul tu, terbit sehingga 304,900 judul baru setiap tahun. England terbit sehingga 180,000 buku baru tiap tahun. Rusia terbit sehingga 101,000 judul baru tiap tahun.
India, 90,000 judul baru.
Jepun, 82,589 judul baru.
Jerman, 82,048 judul baru. Ni semua angka purata terbitan judul baharu setiap tahun. Masakan negara ni terbit buku tapi orang tak baca? Penerbit terbit buku kerana adanya demand dalam pasaran. China, Amerika, England, India, Jepun dan Jerman ni semua negara yang mencorak teknologi zaman sekarang. Sebab tu depa boleh pi Marikh, lepak stesen angkasa ISS bila depa rasa nak melepak.
Daripada kereta, teknologi depa berkembang hingga buat kapal terbang. Daripada seleceh-leceh buat unit televisyen, teknologi berkembang hingga penuh 1 rumah dengan teknologi depa, peti ais mesin basuh dapur air cond semua benda lah. Depa jadi negara pengeluar.
Negara ni pula, semuanya negara yang aqidahnya bukan Islam tau. Padahal dalam Islam ni, Iqra tu kan tuntutan paling tinggi? Jadi kita pun tertanya-tanya, mana negara Islam ni pi? Sampai pi Mekah pun, tasbih kopiah jubah semua Made in China? Kita jadi negara pengguna.
Dan sebenarnya jauh sangat kalau nak pi banding sampai ke Jerman yang jaraknya 12 jam perjalanan kalau naik kapal terbang tu. Cuba lihat diri kita dulu? Kita membaca tak? Kalau baca, berapa buku setahun? Berapa buku sebulan? Berapa buku seminggu?
Dalam kariah, adakah kita jadi ahli yang aktif? Adalah kita ambil peranan dalam keputusan-keputusan pembuat dasar? Adakah kita bersuara ketika melihat ketidakadilan? Adakah kita bertindak untuk membetulkan ketidakadilan itu?
Atau adakah kita – semata-mata hanya menjadi warganegara yang pasif? Dah lah tak membaca. Beli Honda pula tu. Kondem Proton. Bila pemerintah buat salah – kita enjoi tonton sambil makan popcorn.
Dan kemudian kita tertanya-tanya – kenapa negara Muslim tak maju?
Yang tak mau maju itu ialah kita sebenarnya. Yang tak mahu membaca. Dan tak pernah menjadi warganegara yang aktif.
Orang yang miskin bukan orang yang beli Honda dulu sebelum beli rumah pertama tau. Atau kereta pertama dia Kancil EX660.
Orang miskin ialah orang yang tak membaca. Kita miskin sebab bangsa kita tak membaca.
Kredit - ZF Zamir

Cara Mudah Buat Teknik Freeze Time

Cara Mudah Buat Teknik Freeze Time. As simple satu, dua, tiga.
1. Kumpul seberapa ramai orang. Lagi ramai lagi bagus!
2. Suruh mereka jadi patung. Kelip mata pun tak boleh. Kalau dapat freezekan baby itu kira bonus untuk anda.
3. Record video.
4. Dalam editing kasi slowmo & fast forward.

Dan..
5. TARAAAAA !!!! DAH SIAPPPP !!! 
Nak tengok kucing jadi model untuk teknik ini?
Lihat di sini - Kucing dan Freeze Time

Lihat juga pembikinan video wedding - Behind the Scene
Ok. Selamat Mencuba.
Kepada anda semua yang mencari videographer yang awesome boleh pm Joy Rudy.

Tutorial Foto Berpusing 360 Di Facebook

Tutorial Foto Berpusing 360 Di Facebook
Bagi yang tidak tahu Facebook kini sudah memperkenalkan fungsi foto dan video 360 darjah. Apa kah itu? itu bermakna apabila kita menggerakkan (hover) handphone / mouse kita ke kiri / kanan atas / bawah ke sesuatu gambar maka kita boleh melihat persekitarannya.
Tak faham jugak ? sila lihat contoh gambar di bawah ini :
Ok. Jadi macam mana nak buat ?
Baik. Kalau untuk video memang kena beli kamera khas.
Jika untuk foto..
INI TUTORIALNYA
BAHAN-BAHAN
1. Facebook apps yang dah di update
2. Sebuah smartphone dengan kameranya berfungsi dengan baik
KAEDAH 1
1. Ambil sekeping gambar panorama dengan smartphone anda
2. Upload ke Facebook
3. Automatik dia jadi 360 photo 
(kini semua gambar panorama dengan lebih 100 degre bila di upload ke facebook akan menjadi gambar 360)
Kaedah 2
1. Untuk mendapatkan 360 yang penuh, atas bawah dan lantai
2. Download aps Street View
3. Buka aps street view dan gunakan fungsi kamera dalam aps street view
4. Ikut arahan street view bagaimana untuk mengambil gambar 360 penuh
5. Selesai mengambil gambar 360 penuh , pilih gambar tersebut di gallery dan upload di facebook
6. Walla, siap sudah foto 360 anda
MUDAH KAN?
Nak lebih faham lagi? lihat video di sini - Tutorial 360 Photo On Facebook
Artikel Asal - SNAP Club