Tebus Baucar-Baucar Menarik Dengan Bcard

Bcard

Pakai kad BCard ni ohsem rasanya. Banyak faedah yang aku dapat. Kira ada fungsi jugaklah daripada kad-kad yang bertimbun dalam beg duit aku tu.

Untuk dapatkan kad BCard senang sahaje.

Boleh daftar secara online melalui laman web BCard. Isikan nama, kad pengenalan, alamat dan lain-lain perkara dengan betul. Ini penting, sebab nanti korang akan terima BCard PIN melalui sms dan email, lebih kurang dalam dua ke tiga minggu selepas pendaftaran.

Bila dah siap isi, sila tunggu. Nanti abang posman akan hantar kad tersebut betul-betul depan pintu rumah korang. Kalau tak ade pintu mohon buat pintu.

Kad ni korang boleh pakai sampai 7 keturunan tahu...

Kelebihan Bcard

- Tiada yuran tahunan.
- Kumpul BPoint setiap kali korang beli barang melalui merchants yang terpilih
- 1 BPoint bersamaan dengan 1sen (100 Bpoint = RM1)
- Membenarkan sebahagian penebusan (wang + point). Minimun point diperlukan adalah 100 point. Nak lebih faham sila klik disini.
- Boleh tebus BPoint serta-merta melalui lebih 400 merchants yang mengambil bahagian ataupun boleh juga redeem barangan eksklusif secara online disini.

Cara Menyemak Baki Bpoint

SMS : BCard <space>points<space>16-digit nombor BCard<space>BCard pin dan hantar ke 32125 . 30sen akan dikenakan setiap sms

Ataupun semak terus melalui laman web BCard. Semakan online tidak dikenakan sebarang cas.

Peringatan : Point yang korang kumpul akan tamat dalam masa 36 bulan selepas pengeluaran dan BPoint ini tidak boleh ditukar dengan sebarang wang ringgit.

Contoh Penggunaan Kad BCard.

Bila aku beli sesuatu barang, contoh aku beli baju dekat laman web Zalora. Jadi aku perlu masukkan nombor kad BCard (16 digit) yang tertera pada kad tersebut untuk aku dapatkan BPoint. Dan BPoint tersebut aku akan kumpul-kumpul. Sampai satu masa bila cukup syarat aku boleh guna untuk tebus bauncar ke, top up ke, penginapan dekat hotel ke, tiket AirAsia ke.

Orang lainpun beli barang jugak, tapi tak dapat ape-ape lepas tu. Korang yang ada kad Bcard ni ada keuntungan yang tersendiri.