Apa Itu Microworkers? Dan Bayaran Pertama Dari Microworkers

Come, brotha and sista. Aku nak story sikit pasal Microworkers. Itu pun kalau ada yang nak baca.

Microworkers ni syarikat mat saleh punya. Dah tentu-tentu pakai Bahasa Inggeris. Kalau ada yang tak berapa nak reti Bahasa Inggeris still boleh join, asal faham arahan yang diaorang bagi sudah. Siapa-siapa je boleh join. Tak kiralah kau duduk celah dusun durian manapun, asal ada internet, faham Bahasa Inggeris sikit-sikit, terer main facebook, twitter, instagram, dah boleh buat duit tepi dari Microworkers.

Aku dah join lama Microworkers ni, dalam tahun 2013. Cuma tahun ni baru aku sempat nak cuba-cuba tengok apa yang aku boleh buat. Buat punya buat, last sekali dapat duit lah pulak. Aku pun pulun sampai aku dapat bayaran pertama. Cun!


Sepatutnya aku dapat $12 USD. Cuma diaorang hold $2.32 USD. $0.68 USD lagi sebagai fee.

Kepada student universiti, korang boleh try. Takat nak lepas buat makan-makan sorang diri bolehlah. Bayaran memang nampak ciput, sebab aku tak tumpu sangat dengan benda ni. Kalau korang buat bersungguh, bolehlah dapat dalam 20-30 USD sebulan. Tukar dalam Ringgit Malaysia, dapatlah RM70-RM100 gitu

Cara Microworkers Berfungsi Macam Mana?


Baik. Kerja-kerja yang korang bakal dapat melalui Microworkers dipanggil Mini-Job. Setiap Mini-Job ada bayaran yang tertentu. Sebagai contoh :

 Job : Follow Instagram Rani Kulup Payment : $0.20 Done : 8/200

Yang bahagian 'done' tu, 8 orang dah selesai buat job tersebut. Tinggal lagi 192. Jadi, korang ada chan lagi untuk follow instagram Rani Kulup dan dapat bayaran. Maknanya dekat sini, Rani Kulup sanggup invest duit untuk dapatkan followers. 

Faham?

Diantara job yang berjaya aku setelkan

Contoh Mini-Job Yang Lain?


  • - Like Facebook page
  • - Retweet status
  • - Subscribe (wajib ada 3 akaun YouTube)
  • - Sign up website
  • - Tulis komen di blog
  • - Share website di Facebook group
  • - Create akaun Gmail, Youtube, Facebook.
  • - Post komen di Yahoo! Answers (diaorang akan provide komen)
  • - Visit blog
  • - App testing - Download - Install
  • - Tangkap gambar pakai webcam (tak digalakkan)
  • - Vote gambar
  • - Layan video mat-mat saleh
  • - Thumbs up untuk video di YouTube
  • - Referral

Apa Yang Perlu Korang Ada?


Aku sarankan lebih baik korang buat :

  • Akaun Facebook baru
  • Akaun Twitter baru
  • Akaun Pinterest baru
  • Email baru
  • Akaun YouTube baru
  • Akaun Reddit baru
  • Akaun Linkedin baru
  • Akaun Yahoo! Answers baru
Kenapa kena buat akaun baru? Sebab tak nak campur adukkan urusan kerja dengan urusan peribadi. Nanti serabut. Lainlah kalau kau ni jenis yang tak kesah.

Cara Untuk Cashout?


Untuk cashout, tidak dapat tidak, korang mesti ada akaun Paypal. Korang kena cukupkan $10 USD. Baru boleh cashout. Yang itu dah termasuk dengan fee sekali. Lepas korang tekan butang cashout, kena tunggu. Nanti akan ada satu sampul surat berisi PIN yang akan sampai depan pintu rumah korang. Lebih kurang dalam empat minggu gitu. 

Aku nak ingatkan satu benda, kalau surat yang berisi PIN tu tak sampai-sampai kurang dari empat minggu, korang jangan gatal-gatal nak tekan 'resend new PIN'. Nanti diaorang cas $2 USD. Tunggu, biar cukup empat minggu dulu. Kalau tak sampai jugak, bulu ketiak pun dah panjang sejenggal, roger-roger lah diaorang. Ajak minum ke.

Cara Untuk Dapat Banyak Job?


Untuk dapat banyak job, reputasi korang kena jaga. Bila reputasi 75% keatas, masa tu korang akan direkrut masuk ke dalam "Hire Group". Kiranya lebih banyak job yang korang dapat, lebih masyuk.

Okay. Kalau ada yang tak faham, boleh roger-roger aku. Tak pun singgah je website diaorang, baca bahagian FAQ. 

Hari tu aku cek, ada yang buat sampai $400 USD dengan Microworkers. Orang Malaysia. Masyuk tu.



2 ulasan:

  1. kenapa saya try nak withdraw kat paypal x boleh?dah sminggu lebih asyik pending je...

    BalasPadam
  2. saya dah tunggu lebih 3 bulan...still x de jugak...hari ni request new PIN...nak tunggu berapa lama lagi?

    BalasPadam