Belajar Bahasa Jepun Dengan Mainichi



 Belajar Bahasa Jepun Dengan Mainichi

Mainichi adalah satu addon/extention yang korang boleh pasang pada pelayar web Google Chrome. Bagi yang nak tambah perbendaharaan kata Bahasa Jepun aku rekomen sangat-sangat untuk guna extention Mainichi. Nak guna dia mudah je, setiap kali korang bukak tab baru, akan keluar satu perkataan beserta simbol yang berlainan.

Baik. Cara pemasangan pada Google Chrome adalah seperti berikut.

Sila ikuti langkah-langkah dibawah jika tidak mahu tersesat di alam fantasi.

Mua-mula download dulu extention Mainichi.

[+] Download (Add To Chrome) : Mainichi

Lepas download, sila install (selalunya terinstall sendiri)

Selepas install, korang akan nampak satu 'lembaga kepala bulat' bernama Mainichi di bahagian kanan pelayar web.

Ada nampak? Kalau tak ada sila pergi ambil wudhuk, kemungkinan terhijab tu.

Baik.

Bagaimana Mainichi berfungsi? Seperti yang aku terangkan pada awal perenggan di atas. Setiap kali tab baru dibuka, setiap kali itu jugalah perkataan berserta simbol berlainan akan muncul.

Aku baru je guna tak sampai seminggu, terbaik jugaklah untuk tambah perbendaharaan kata. Cuma kurang dia tak ada audio cara untuk sebut. Takut nanti tulis lain baca lain. Tapi tak apalah, bukan masalah besar pun. Google Translate kan hadoo.. Guna je fungsi audio dekat Google Translate tu. Tambahan lagi tulisan Romaji ada tersedia, sebut je mentah-mentah.

Belajar Bahasa Jepun dalam masa 6 bulan dah boleh rasanya kuasai benda-benda asas, tapi dengan syarat buat secara konsisten.

Ada duit lebih, jangan lupa terbang ke Jepun, dah boleh kot nak sembang dengan makcik-makcik dekat pasar ikan Tsukiji dekat Tokyo tu haa..