Cara Didik Anak | 12 Kaedah Mendidik Anak

Cara Didik Anak - 12 Kaedah Mendidik Anak

Kaedah mendidik anak ini saya ambil point-point penting dari video seminar Keibubapaan Anak Remaja (Anakku, Kawanku) yang disampaiakan oleh Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin di Dewan Besar IKIM. Kalau nak tengok video penuh bolehlah cari dekat YouTube. Video yang bedurasi 1 jam lebih-lebih sikit.

1. Berniat Menjadi Ibu Bapa Soleh

- Untuk melahirkan anak yang hebat, kita perlu ada niat untuk menjadi ibu bapa yang soleh.
- Peranan niat itu sangat penting.
- Hari-hari niat, "Ya Allah! Aku ingin menjadi ibu bapa yang terbaik"
- Ibu bapa yang baik, kebaikan itu akan mengalir kepada anak-anak.
- Kisah Luqman Al-hakim : Luqman Al-hakim ini dikenali dengan sifat keibubapaan yang disebut didalam Al-quran. Suatu hari, ada orang bertanya kepada Luqman, bagaimana engkau mendidik anak engkau sehingga mereka menjadi seorang yang soleh dan solehah, maka Luqman Al-hakim mengatakan yang beliau mendidik anaknya itu 20 tahun sebelum dia dilahirkan. Maksudnya Luqman Al-hakim mendidik dirinya dulu untuk mendapat anak yang solah dan solehah.
- Sesibukkan manapun kita, kita perlu peruntukkan masa untuk anak-anak.

2. Menjaga Adab Di Dalam Pergaulan

- Larangan mendatangi isteri ketika haid.
- Kalau mendatangi isteri ketika hadi, kena kaffarah. Sekali perhubungan, kena bagi makan fakir miskin. Itu perkara yang perlu ditunaikan. Sebagai contoh, belanja kawan yang susah makan atau belikan nasi bungkus dan bagi kepada fakir miskin untuk sekali perhubungan.
- Larangan mendatangi isteri seperti haiwan.
- Jika mendatangi isteri dengan baik, dapat dirangsang dengan baik, telur/gen yang keluar pun yang bagus-bagus yang baik-baik semuanya.
- Anak yang soleh dan genius akan lahir jika dijaga adab dan pergaulan.

3. Jaga Pernikahan

- Sebaiknya kalau anak kita nak kawin, walikan anak kita.
- Jangan bermain dengan lafaz talaq. Marah/geram macam manapun sekalipun minta tolong jaga, jangan melafazkan sesuka hati. Jika melafazkan talaq kemudian buat-buat tak tahu, anak yang lahir akan bermasalah. Jadi apabila bermasalah, fitrah itu akan rosak. Makna fitrah rosak adalah apabila adik-beradik ada nafsu terhadap satu sama lain. Sebab itu bermain dengan talaq. Sebab talaq ini kita tak berniat pun ia akan sah juga talaq tersebut.

4. Adab Ketika Mengandung

- Banyakkan baca al-Quran seperti surah Yusof, surah Maryam dan surah Luqman. Ini yang disyorkan oleh ulama kita.
- Bayi didalam perut itu dia mendengar apa yang kita perbualkan.
- Emosi kena jaga. Sebab emosi akan mempegaruhi anak-anak.
- Anak yang baik dari rahim yang baik.

5. Kelahiran

- Kelahiran adalah satu kesyukuran, hendaklah diberi nama yang baik dan dipanggil dengan nama yang baik. Kerana panggilan adalah satu doa.
- Orang melayu suka panggil nama orang lain dengan panggilan pendek-pendek.
- Kalau nak panggil nama anak dengan panggilan yang pendek, cari makna nama yang bagus-bagus.
- Nabi pernah tukar nama sahabat yang maknanya tidak baik kepada nama yang baik.
- Nama yang baik ibarat doa.
- Sunat menamakan dengan nama Nabi dan orang-orang soleh. Mudah-mudahan lekat perangai yang baik-baik untuk anak-anak kita.
- Hendaklah di aqiqahkan. Bagi anak lelaki 2 ekor kambing, bagi anak perempuan 1 ekor.
- Masa isteri mengandung, minta pada Allah untuk emgaqiqahkan anak. Insyaallah Dia akan memudahkan urusan aqiqah anak tersebut.
- Aqiqah benda yang sunat.
- Hendaklah ditahniqkan (belah mulut), cari orang-orang alim untuk tahniqkan anak.
- Mudah-mudahan soleh orang-orang alim itu turun pada anak-anak kita.
- Hendaklah dikhatankan.

6. Berikan Anak Kamu Makanan Yang Halal

- Baiki rumah bermula dari dapur. Nak baiki rumah, ianya bukan bermula dari depan, ianya bermula dari dapur. Maksudnya, apa yang kita bawak balik kepada anak isteri kita makan. Itu sangat penting. Jadi, carilah semaksima mungkin rezeki yang halal.
- Kalau kita ini orang yang mampu, ustaz Amin syorkan kita beli dan makan makanan sunnah.
- Ada beberapa orang ni, rumahnya tiada gula, madu menjadi pengganti kepada gula.
- Antara orangnya Ustaz Wan Alias. Umurnya dah 60 lebih tapi masih gagah dan sihat.
- Madu juga Allah ada sebut dalam Al-Quran, madu itu ada kesembuhan buat manusia.
- Kalau berkemampuan, belilah makanan yang baik-baik sikit.
- Perlu labur sedikit wang untuk kesihatan jangka masa panjang kita.
- Hati ditempa dengan makanan. Hati itu diebntuk dengan makanan.
- Apa yang kita makan, itulah yang membentuk diri kita.
- Haram ada yang sebab zat atau sebab yang mendatang.
- Haram bentuk zat contohnya makanan yang tidak disembelih.
- Haram bentuk mendatang pula contohnya kita beli dengan wang yang syubhah atau wang haram.
- Hindarkan yang syubhat (yang tidak yakin)
- Beri makanan yang baik dan sunnah.

Nasihat ustaz : Jangan jemu didik anak kita, walaupun kita tidak dapat melihat dia menjadi soleh dimata kita, tapi hari kita meninggal hari itulah dia menjadi anak yang soleh dan solehah.

7. Kaedah Mendidik Anak Secara Berkala

- Bermainlah dengan anak kamu ketika umurnya 7, ajar dan didiklah dia untuk 7 seterusnya dan berkawanlah dengannya untuk 7 berikutnya.
- 1 sampai 7 tahun bermain-mainlah dengan anak kamu
- 7 sampai 14 ajar dan tegas. Kalau tak solat boleh rotan.
- 14 tahun ke atas jadikan dia kawan. Berbual dan berbincang dengannya. Biar dia selesa dengan kita. Kenapa anak-anak tak suka bercakap dengan kita, sebab kita selalu suka bangkang. Asal bercakap dengan kita je terus kita bangkang.
- Kita perlu raikan kedewasaan mereka kadang-kadang.
- Kena ikut perkembangan anak-anak.
- Biar kita yang bentuk minat anak kita, jangan kawan-kawan dia yang bentuk minat anak-anak kita.
- Orang dulu-dulu mereka menurunkan falsafah hidup pada anak-anak.
- Kadang-kadang kita berbual dengan anak-anak, kita lupa untuk turunkan falsafah hidup pada anak-anak kita. Install pengalaman kita kedalam diri anak-anak kita.

8. Kaedah Mendidik Anak Dengan Cara Didikan

- Hendaklah selalu ditegur dan kenapa kita menegur.
- Anak memang kena tegur, memang kena selalu diingatkan.
- Mak ayah juga perlu meningkatkan diri, bukan anak-anak sahaje yang perlu ditingkatkan.
- Kita menegur bukan sebab kita nak merubah dia, kita manusia memang tak mampu nak ubah manusia. Bukan sahaj kita, Nabi pun tak mampu ubah manusia,contoh mudah anak Nabi Nuh sendiri pun tak beriman.
- Kita menegur sebab Allah yang perintahkan kita untuk menegur. Bukan untuk mengubah dia.
- Kalau kita berniat menegur dia untuk ubah dia kita akan kecewa,
- Ulang-ulangkan teguran, ulang-ulangkan falsafah yang baik-baik.
- Dedahkan anak dengan didikan agama.
- Dengan agamalah seseorang itu boleh menjadi baik.
- Menegur jangan satu cara, pelbagaikan cara.
- Jangan sabotaj pasangan. Contoh, ayah marah anak, tiba-tiba emaknya pulak sabotaj. Kiranya membela anak yang dimarahi oleh bapa. Kalau bela anak lebih-lebih takut besar kepala pulak.
- Kalau bergaduh jangan depan anak.
- Kalau ada pasangan bercerai, jangan burukkan pasangan depan anak, nanti anak akan mudah membenci.
- Kita tanam kebencian, anak akan mudah membenci.
- Merotan dan niat merotan.
- Imam syafie kata kalau nak merotan perlu letak buku bawah ketiak, maknanya angkat rotan tu tak tinggi sangatlah.
- Kita merotan anak bukan niat untuk mendera tetapi untuk mendidik/sebagai ingatan.
- Dan jangan tak rotan langsung.
- Atau gantung sahaje rotan tersebut sebagai peringatan.
- Merotan menggunakan rotan, itu sunnah dia.
- Nak merotan jangan campur-campur, contoh dengan hanger, batang paip, tali pinggang. Tidak dibenarkan ya. Kalau campur-campur hilang keberkatan.
- Merotan jangan angkat lebih dari badan.

9. Kaedah Mendidik Anak Dan Modul Didikan

- Hati manusia perlu dipenuhkan dengan dua perkara, pertama dengan imam dan yang kedua dengan cinta. Kalau hati kurang imam dia akan mudah rungsing, manakala kalau hati tak ada kasih sayang dia akan tumbuh kebencian. Hati yang ada kebencian dia akan mudah benci orang lain.
- Cinta yang perlu ditanama adalah..
- Cinta Allah
- Cinta Rasul
- Cinta agama
- Cintakan keluarga.
- Cintakan kaum muslimin
- Kadang-kadang kita jarang ajar anak-anak untuk cinta pada sama-sama adik beradik.
- Apabila kecintaan itu tiada pada anak-anak, dia akan mudah mengamuk, mudah stress, mudah marah-marah.

10. Carikan Guru Yang Hebat

- Kata-kata Imam as-Syafie...
- Di belakang orang yang hebat ada guru yang hebat.
- Contohnya Muhammad al-Fateh, orang yang berjaya menumbangkan constantinopel. Gurunya Syamsudin al-wali. Imam as-Ayafie gurunya Imam al-Waqie'.
- Carikan guru yang hebat untuk anak-anak kita.
- Contoh kalau nak nak anak kita hebat matematik, carikan guru yang betul-betul pakar metamatik.
- Sama jugak guru yang baik, ianya ada keberkata.
- Sama jugak dibelakang orang yang jahat terdapat guru yang jahat.
- Carikan guru yang boleh didik anak-ana kita sebaik-baiknya.

11. Doakan

- Doa yang baik sebaiknya dari ayah.
- Doa yang buruk cepat berlaku dari pada ibu.
- Jadi pesanan buat ibu-ibu jangan mudah mendoakan yang bukan -bukan pada anak-anak.
- Masuk rumah bagi salam
- Antara kaedah lain, masuk rumah baca surah al-ikhlas
- Di dalam tafsir ibnu-kathir ada menyebut, barangsiapa yang masuk ke rumah kemudia membaca surah al-ikhlas 3 kali makan akan diamankan penghuni rumah dari kepapaan.
- Amalkan insyaallah Dia akan pelihara penghuni rumah tersebut.
- Bacakan al-fatihah pada anak-anak
- Setiap kali lepas solat, bacakan surah al-fatihah untuk anak-anak. Insyaallah anak-anak yang tak pandai membaca atau tak berapa nak pandai akan berubah menjadi seorang yang bijak dan berjaya.
- Orang melayu kita banyak bacakan al-fatihah untuk orang yang telah meninggal,  itu bagus, boleh pahala. Tapi rasulullah banyak baca quran untuk orang yang hidup. Baru orang yang hidup itu boleh berubah. Antaranya bacakan surah al-fatihah.
- Untuk suami isteri pun boleh, kadang-kadang ada suami isteri yang jenis keras hati. Jadi, bacakan untuk mereka ayat-ayat al-quran moga-moga lembut hati mereka.

12. Menghadapi Anak Derhaka

- Anak jadi derhaka atas lima sebab...
- Jahil/tidak tahu yang perbuatan itu mengakibatkan dia menjadi seorang anak yang dehaka.
- Kurang tarbiah/didikan.
- Keras hati. Lembutkan anak-anak dengan bacakan al-fatihah. Jika mak-mak jenis masak dekat rumah, bacakan surah tohaa ayat 1-5 sambil gaul gulai ke, goreng ikan ke. Buat dalam masa 21 hari insyaallah ada kesan. Kemudian, zikirkan Ya Latif selepas solat 100x, niat khusus untuk anak yang keras hati.
- Ibubapa. Tidak didik anak-anak, buat tidak kisah pada anak-anak.
- Sihir. Kalau anak terkena sihir dalam hadis nabi riwayat Imam Al-tirmizi nabi pernah berubat seseorang menggunakan air wudhuknya. Jadi, disini ibu adalah orang yang terbaik untuk mengubati anak yang terkena sihir. Tadahkan air wudhuk ibu, kecuali kaki, kaki di luar adab. Tadahkan kemudian kasi minum, masakkan, atau mandikan dengan air wudhuk ibu tersebut. Insyaallah terlepas dari sihir.

* * * * * * * * * *

Ok.

Itu je kot point-point penting. Nak lagi puas hati, kena tengok sendirilah video mengenai seminar tersebut. Apa-apa pun selamat beramal.

Oh! Ya..

Ini nasihat saya selaku leftenan bujang kepada mak-mak dan ayah-ayah. Saya harap, mak-mak dan ayah-ayah kalau nak beli makanan apa-apa pun, mohon besarkan, kecikan, besarkan balik biji mata tengok betul-betul makanan yang dibeli itu ada logo HALAL BETUL atau HALAL TIPU. Nak-nak cekedis dekat kedai-kedai runcit tu haa.. Gula-gula pun sama jugak. Pantau apa yang anak-anak makan. Dibimbangi takut keras hati, hitam hati.

Dunia sekarang ni mudah, install je app Halal Jakim tu dalam semakpom kalau-kalau tak yakin yang makanan tu halal atau tak.

Sekian.

#leftenanbujang
#caradidikanak



Tiada ulasan:

Catat Ulasan