Cara Jimat Berbelanja Online | Coupon Dan Baucer Percuma


Shopping Online
Fiuuhh.. duduk Malaysia ni dah macam duduk dekat gurun sahara, panas melantun-lantun. Bilalah nak turun salji agaknya?

Tengah-tengah panas nilah pening kepala pulak datang merayap tak bagi salam. Memang azab ya ampun.

'nyot nyot nyot' je rasa kepala tu haa...

Nak keluar memborong sakan panas-panas cam gini memang cukup-cukup malas. Berendam dalam kolam sambil minum air tembikai pun best jugak. Tapi berangan sampai ke bulan jelah yang mampu.

Okay. Habis intro aku.

Berbalik pada topik utama. Nak jimatkan?

Nah, baca.

1. Peka Dengan Tarikh & Hari-Hari Istimewa

- Ulang tahun Lazada/Zalora/11Street & Lain-Lain
Page Einz Dot Com ada update pasal topup yang Lazada jual masa ulang tahun mereka. Cuma RM8 sekeping tak silap aku. Murah tu. Nak dapat harga macam gitu dekat kedai runcit Mak Timah? Hurmm.. memang tak.

- Black Friday 
Diskaun 24jam sahaja. Black Friday selalunya disambut pada bulan November hari khamis keempat di Amerika Syarikat. Tahun 2016 ini akan diadakan pada November 25 haribulan, hari jumaat.

Kalau biasa tengok video pasal Black Friday, korang akan tahulah macam mana teruknya diaorang berebut sampai berterabur habis barang-barang dalam kedai. Bertumbuk? Gila tak ada. Superman pun join sekali.



- Cyber Monday
Diadakan pada hari isnin selepas beberapa hari Black Friday. Jualan murah dalam tempoh masa 24jam sahaja. Tahun 2016 ini akan diadakan pada November 28 haribulan, hari isnin.

- MyCyberSale  
Ini paling gempak! Acara jualan murah besar-besaran. Diskaun cecah 90%. Dianjurkan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC). MyCyberSale akan berlangsung selama 5 hari bermula 28 September sehingga 2 Oktober. Sebarang info tambahan boleh jenguk-jenguk di laman web mereka : MyCyberSale GEMPAK!

Hari Nak-Nak Dekat Raya
Segala jenis hari raya diaorang akan adakan diskaun, kecuali pilihan raya. Sebab time pilihan raya kan Blackout.

- Happy New Year
Yang ini kena tunggu bulan Disember hujung-hujung. Selalunya berlangsung selama seminggu, sampai bulan Januari.

2. Daftar Shopback Untuk Dapatkan Cashback

Shopback ni aku paling suka. Sebab boleh dapat cashback balik. Ada yang tawar sampai 30% cashback. Tak banyak, tapi masih lagi boleh jimat. Mohon daftar di laman web mereka - SHOPBACK

Daftar lambat-lambat, rugi.


3. Bcard : Kumpul Mata & Tebus Baucer-Baucer Menarik

Pasal kad Bcard ni korang boleh baca artikel yang aku tulis panjang lebar beberapa bulan yang lepas dekat sini : Bcard. Satu benda yang aku nak bagi tahu, point yang korang kumpul tu ada 'ajal' sekian-sekian. Rajin-rajinlah cek. Kalau dah mati menyesal tak berguna lagi. Cuma tarikh kematian tu lambat sikitlah, dalam 3 tahun selepas point dimasukkan ke dalam akaun Bcard korang.

4. Dapatkan Coupon, Offers, Deals & Baucer Diskaun Di CouponBelanja

Melalui CouponBelanja, korang akan peroleh coupon, offers, deals dan juga baucer diskaun yang terkini. Jadi, aku sarankan untuk korang subscribe newsletter dari diaorang kalau tak nak terlepas sebarang tawaran menarik.

* * * * * * * * * *

Nota lelaki bujang : Beli online ni best bagi aku. Sebab takpayah susah-susah pikir nak pakai apa keluar nanti. Sarung je kain pelikat, ngadap laptop sambil cedok aiskrim cokolet oreo. nyum nyum..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan