Doa Baik & Buruk

Doa
SUMBER
Okay.

First, engkau nak orang doakan baik-baik untuk kau, kau dulu kena jadi baik. Kalau awal-awal lagi kau perangai macam cicak, berak merata. Dah tentu-tentu ramai yang tak suka. Contoh mudah, kau beli coffee Starbucks RM12, bekas coffee tu kau main campak je dalam longkang. Kena pulak makcik cleaner ada sebelah yang baru lepas bersinhkan longkang sampai berkilat . Agak-agak apa yang terdetik dalam hati makcik tu?

Kurang-kurangpun dia akan cakap (dalam hati), "Minum coffee mahal-mahal, tapi bodo macam kuali. "

Nampak? Kang dah dapat satu doa buruk. Sebab kau dah menyusahkan dia. Doa ni kau jangan ingat kena bentang sajadah dulu, angkat tangan dulu, baru kira doa. Kata-kata dan sangkaan kau pun dikira sebagai doa tahu? 

Itu bab doa buruk. Ini bab doa baik pulak.

Aku buat satu contoh lagi. Petang-petang. Mesti berderet kereta yang balik kerja kan? Tiba-tiba ada pulak kereta kancil nak keluar lorong bawak bini nak terberanak. Tapi tak boleh. Kereta ya rob punya banyak. Dahlah seko-seko bawak macam formula 1. 

Dan pada masa tu jugak, kau ternampak kereta kancil tu kejap kedepan, kejap ke belakang. Berulang kali sebab tak dapat nak masuk line. Tiba-tiba kau perlahankan kereta dan kasi dia chan. 

Agak-agak kau lah? Apa yang driver kereta kancil tu doakan untuk kau? Dengan bini dia tercungap-cungap nak terberanak lagi masa tu? Silap-silap bini dia pun doakan untuk kau.

Paling tidak pun, akan ada jugak satu doa baik akan sampai. Paling tidak.

Sekian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan