Bagaiman Cipta Resume Terbaik? | Rahsia Resume Kerja Memikat

Contoh Resume Terbaik

Mahu berjaya di dalam bidang kerjaya yang anda ceburi?

Baik. Sila cipta blok masa lapang anda dan mula 'memberi nilai' pada diri sendiri.

Pada waktu lapang adalah waktu terbaik untuk anda luangkan sedikit masa 'perbaiki resume' anda. Kerana waktu lapang tiada banyak gangguan.

Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan :

1 - Dapatkan iklan kerja kosong melalui Portal Kerja Kosong

2 - Fahami skop kerja jawatan yang diiklankan

3 - Cari laman web syarikat atau organisasi tersebut

4 - Kaji sedikit sebanyak latarbelakang syarikat dan core aktiviti sesebuah syarikat tersebut

5 - Mula 'craft' resume anda

Ini komponen yang bakal menjadikan resume anda 'MENYERLAH' dari resume pemohon lain.

- Masukkan 'career objective' yang
SPESIFIK kepada jawatan tersebut

- Buang komponen yang tak ada
kaitan dengan jawatan tersebut.
Contohnya subjek universiti yang
di luar skop jawatan

- Masukkan komponen yang berkaitan
dan bersesuaian dengan jawatan itu

- Maksimum 2 MUKA SURAT sahaja


SERTAKAN surat iringan (cover letter) bersama resume anda. Apa yang perlu anda tambah cover letter yang biasa anda buat adalah;

- Bagaimana anda boleh membantu
syarikat dalam meningkatkan SESUATU

Maklumat ini anda boleh dapat dari laman web syarikat yang anda pohon itu (step diatas)

[+] Download - 7 Kesilapan Resume Dilongkangkan

Tips Extra..

Cuba buat carian di internet mengenai aktiviti terkini syarikat tersebut dan masukkan komponen tersebut dalam surat iringan anda.

Cari di halaman berita online ataupun Facebook syarikat mereka.

Apa sebenarnya yang anda lakukan dari perkongsian hari ini

PERTAMA
Resume anda spesifik untuk syarikat
tersebut sahaja

KEDUA
Resume anda spesifik untuk jawatan
yang ditawarkan sahaja

KETIGA
Cover letter anda menunjukkan anda
ada kualiti untuk menyumbang kepada
perkembangan syarikat

KEEMPAT
Cover letter anda menunjukkan anda
obses dan peka dengan aktiviti
syarikat

Selepas selesai TINGKATKAN 4 perkara ini baru anda boleh hantar untuk mohon kerja pada syarikat tersebut. Cuba lah!

Semoga berjaya.

Untuk template pula, susunan yang lebih kemas dan teliti, anda perlukan rujukan resume ini. Ianya telah membantu ribuan graduan sejak tahun 2012 lagi. Klik link dibawah.

[+] Paling HOT Dalam Malaysia - Rahsia Resume Kerja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan