Tips Kerja Kerajaan | 4 Perkara Wajib Tahu

Sebelum anda kerja kerajaan anda perlu tahu perkara mustahak ini. YA! Anda perlu tahu.

Sebelum anda memohon jawatan dalam kerja kerajaan, anda perlu membuat kajian yang terperinci kerana sebelum kerja kerajaan anda perlu tahu perkara ini. Ianya akan memberi kesan kepada kerja anda di masa yang akan datang sekiranya anda ambil mudah tentang perkara ini.

1. Kontrak perkhidmatan bertulis. Dalam kontrak ini terkandung beberapa maklumat penting iaitu nama majikan, jawatan pekerjaan, tarikh diterima berkhidmat, gaji permulaan, syarat dan masa bekerja, jumlah cuti, jumlah cuti sakit yang bergaji, faedah perubatan dan notis berhenti kerja.

2. Akta Pekerjaan 1955 membuat ketetapan bahawa penyata gaji perlu disertakan bersama gaji pekerja. Dalam penyata tersebut perlu ada maklumat seperti gaji, bayaran kerja lebih masa, elaun, bonus, potongan KWSP dan PERKESO. Gaji pekerja haruslah dibayar dalam tempoh tidak lewat daripada hari ke 7 selepas hari terakhir setiap bulan.

[+] Download Ebook - Asas Bagaimana Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan

3. Cuti umum. Setiap penjawat awam berhak mendapat cuti sekurang-kurangnya 10 hari cuti umum bergaji, 4 daripadanya termasuklah Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Pemerintah Negeri atau Wilayah Persekutuan dan Hari Pekerja. Seandainya anda mengalami sebarang sakit pada hari cuti umum, anda boleh menuntut hak cuti bergaji di hari yang lain.

4. Tidak datang bekerja. Seandainya anda tidak datang bekerja di kementerian, jabatan atau agensi kerajaan melebihi 2 hari dengan kadar berturut-turut tanpa kebenaran dari majikan, anda sudah dikira melanggar kontrak perkhidmatan. Seelok-selonya anda perlu mengemukakan bukti mengapa anda tidak hadir dan sila maklumkan perkara tersebut pada ketua jabatan anda.