2 Cara Sebenar Buat Duit Online + Bukti Bayaran

Buat Duit Online

2 cara sebenar buat duit online yang aku sendiri dah cuba dan telah pun berjaya menerima beberapa bayaran dari syarikat yang aku sertai. Bayaran yang aku terima taklah banyak mana sampai boleh bawak bini dengan anak-anak cucu sampai ke Legoland, tapi adalah juga 'barang' yang boleh di isi ke dalam dompet dari isi angin je.

Baik.

Artikel yang aku tulis kali ni aku tak nak bebel-bebel panjang macam Mak Cun sambil tepek-tepek bedak sejuk, aku cuma letakkan link sahaja supaya korang boleh jenguk-jenguk artikel aku yang lepas-lepas dalam blog Coretan Cyber ni. Tak banyak, tiga artikel ni je. 

[+] Bayaran Ke Dua Dari Global Test Market (Bayaran pertama masih tak dapat)

Aku rasa cukuplah kot untuk meyakin padukan korang yang dua syarikat ni memang terbukti korang boleh buat duit dari mereka. Kalau rasa skeptikal, silakan buat research pakai Google. Banyak sebenarnya syarikat-syarikat lain yang aku nak kongsi, tapi dalam banyak-banyak tu dua syarikat ni terbaik bagi aku. Bayaran setimpal. Puas hati.

Kepada student universiti, ini peluang korang untuk tambah duit poket sampai rabak. Tak payahlah nak join benda-benda karut yang kawan-kawan korang promote tu. Konon boleh kayalah bayar mahal-mahal join program yang tak tahu hujung pangkal tu.

* * * * * * * * * *

Oh! Aku nak pesan, kemungkinan besar untuk korang dapat bayaran dari syarikat Global Test Market tu lambat sikitlah, tapi berbaloi. Nak buat duit dengan syarikat Global Test Market ni mudah je. Korang jawap je survey yang diaorang kasi, lepas tu dapat point, kumpul-kumpul point sampai 1000 point lebih kurang, dah boleh redeem dengan cash. 

Microworkers pulak lagi best, bulan-bulan korang boleh dapat bayaran. Cari job yang korang boleh buat, jangan cari job yang korang tak boleh buat, nanti reputasi menurun. Susah.

Okay. Ada soalan? Komen tau.. Chow dulu. Makan karipap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan