Bayaran Ke Dua Dari Global Test Market


Bayaran ke 2 dari Global Test Market. Bayaran ke 2 ni aku dapat melalui akaun Paypal. Diaorang transfer ke dalam akaun Paypal aku yang dah lama kering-kontang tu. Tunggu duit masuk tak lama, dalam 5-10 hari lebih kurang, dapatlah.

Ok. Bayaran ke 2 aku dah dapat.

Tapi..

Bayaran pertama still lagi tak dapat-dapat. Sebab apa? Aku sendiri pun tak tahu apa masalah. Ada jugaklah aku roger-roger dua tiga kali kasi tahu diaorang supaya setelkan masalah cek pertama aku tu. Diaorang balas, tapi sampai sekarang 'krik krik'.

Tapi tak apalah, aku tunggu jugak sampai aku dapat anak cucu, kalau tak ada apa-apa berita, mungkin tak ada rezekilah tu.

Elok sebenarnya kalau nak cashout guna akaun Paypal je mudah. Kalau cashout pakai cek leceh. Silap-silap jadi macam aku. Puteh mata je nanti.

Baik. Aku pun tak nak tulis panjang-panjang (malas sebenarnya), bagi yang nak join boleh jenguk-jenguk laman web mereka: Global Test Market.

Jawap survey je, cukup masa, korang boleh cashout. Dapatlah jugak buat makan-makan.

Ada soalan? Komen-komenlah dekat bawah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan