Nota Hartanah - Congak Bukan Congkak

Congak Bukan Congkak

1. Aku ditanya di dalam kelas hartanah aku baru-baru ini, "Patutkah saya minta payslip dari bakal penyewa saya bagi menilai kemampuan dia untuk membayar sewa?" dan jawapan aku, "Terpulang, jika bakal penyewa itu membenarkannya".

2. Ya, itulah yang aku lakukan dulu ke atas penyewa pertama (unit Merak Apartmen), kedua (unit Seksyen 20) dan ketiga aku (Suria Avenue Apartmen) dulu. Ada yang membantu dan ada yang tidak. Ada yang membayar 'on-time' dan ada yang 'no-time' langsung untuk bayar. Akhirnya, aku ubah cara tapisanku.

3. Aku bertukar kepada cara mencongak (bukan mencongkak). Indirectly aku akan cuba bertanyakan jumlah pendapatan bakal penyewaku. Antaranya dengan menyediakan 'leading-question' untuk beliau jawab. Sebagai contoh,

i. "Untung la awak. Zaman sekarang starting gaji graduan tak macam saya dulu. Saya dulu start-start je baru RM1,200 untuk diploma. Berapa pula awak dapat masa mula kerja dulu?". Nantikan jawapan darinya.

ii. "Lepas tu mesti ada increment setiap tahun kan? Busuk-busuk pun mau 10% - 15% kan? Macam tempat kerja saya dulu, 5% pun mencungap nak dapat".
Again, tunggu jawapan darinya.

iii. "Oh ya. Lupa pula nak tanya. Dah lama ke awak kerja kat sana?"
Tak sabar nak mula mencongak.

iv. "Zaman-zaman GST ni, kalau takat makan gaji tengah-tengah KL ni, sesak jugak dibuatnya. Awak takde buat apa-apa online bisnes ke atau any side income lain?"
Bingo !! Anda sudah boleh mencongak jumlah pendapatan bakal penyewa anda.

4. Next, cuba congakkan pula expenses bulanan beliau. Same tricks --> 'leading-question'.

5. Setelah maklumat 'income vs expenses' diperolehi, anda bolehlah menilai sama ada terdapat lebihan atau pun kekurangan di dalam aliran tunai bakal penyewa anda agar sewa unit anda dapat dilunasi every time 'on-time'.

Artikel Asal - Abang Ensem


Tiada ulasan:

Catat Ulasan