Nota Hartanah - Duit Tepi Sambil-Sambil

Duit Tepi Sambil-Sambil
1. Semalam aku ditanya di inbox FB aku oleh seorang anak muda bergelar penuntut. Bunyi soalan beliau, "Bang, saya berminat dengan pelaburan hartanah yang Abang selalu ceritakan tu tetapi bolehkah student macam saya melabur?".

2. "Boleh" jawab aku ringkas tanpa sebarang penerangan. Maklum sahajalah dijawab ketika lampu trafik mula bertukar hijau dan pagi ini ketika meneliti mesej-mesej FBku, aku terpandangkan jawapan aku yang tergantung semalam. Lalu aku bertekad untuk menerangkannya hari ini.

3. Ya, anda boleh mula melabur ketika masih bergelar penuntut, tetapi sebaiknya bukan menerusi pembelian hartanah, sebaliknya menerusi urusan sublet kediaman.

4. Mengambil contoh adik aku sendiri ketika beliau menyewa di Gugusan Melur Kota Damansara, Unit yang dicarikan oleh aku adalah sebuah unit kosong berkadar RM500 dan aku memintanya mencari teman serumahnya sendiri untuk menampung sewa tersebut. Maklum sahajalah pada ketika itu, abangnya belum cukup 'kaya' untuk membantu.. hehehe.

5. Dek kepintaran beliau yang diwarisi dari abangnya, yakni aku, beliau menghuni bilik paling kecil manakala baki 2 bilik selebihnya disewakan pada kadar yang lebih tinggi dari kadar sewaan rumah tersebut. Hasilnya, terdapat lebihan sewa beberapa ratus ringgit cukup untuk menampung keperluan kecil beliau ketika itu.

6. Inilah yang aku syorkan kepada teman-teman penuntut semua. Anda dapatkan unit untuk disewa dan anda kumpulkan rakan-rakan sekelas anda. Dengan menggunakan modus operandi yang sama seperti di atas, anda pasti akan mula menerima limpahan baki duit tepi 'sambil-sambil' anda setiap bulan.

7. Jika masih sangsi untuk melakukannya, mungkin ebook sublet tulisan rakan saya dulu dapat membantu --> http://bit.ly/NotaSublet

Artiekl Asal - Abang Ensem


Tiada ulasan:

Catat Ulasan