Nota Hartanah - Honda vs Rumah

Honda vs Rumah

1. Aku bukanlah penggemar jenama Honda walaupun aku memandu kereta tersebut. Mungkin kerana aku merupakan seorang usahawan, maka jenama tersebut diperlukan sebagai 'tax shield' untuk perniagaan aku. Mungkin dalam masa kurang dari 4 tahun jenama tersebut bakal beralih kepada BMW, Mercedes mahu pun Range Rover, semuanya bakal bergantung kepada hala tuju syarikat.

2. Itu jika anda di posisi aku. Sebaliknya jika anda masih lagi bermajikan, segalanya bergantung kepada minat dan cashflow anda.

3. Aku tahu tidak semua berminat dengan pelaburan hartanah, maka silakan membeli Civic baru ini. Namun pastikan yang aliran tunai anda mampu menampung instalmen, insurans, cukai jalan, petrol, servis dan 'wear and tear' kereta tersebut yang bukannya sedikit jumlahnya (berdasarkan pengalaman aku memakainya). Tidak terkecuali perbelanjaan harian dan sewa rumah anda.

4. Bagi penggemar dunia hartanah, teruskan mengumpulnya. Pastikan lebihan sewaan mahu pun keuntungan jualan mampu menghadiahkan Civic ini secara percuma kepada anda sepertimana yang aku telah praktikkan selama ini.

5. Walau apa pun, sedikit ingatan ingin aku kongsikan bersama anda. Bak kata ibu kepada ex-girlfriend aku ketika cuba memutuskan hubungan cinta kami dahulu, "Manusia mudah jemu dan tiada apa yang kekal di dunia ini" Ya, keseronokan memandu hanya bersifat sementara dan bila rasa ini tidak kekal, pasti akan ada jenama baru nanti yang bakal anda kejar. Percayalah.

6. Ingat ! Walau hebat mana pun kereta yang kita pandu, kenderaan terakhir kita kelak tetap van jenazah yang akan membawa kita ke liang lahad.

Artikel Asal - Abang Ensem


Tiada ulasan:

Catat Ulasan