Pengalaman Temuduga Di GiatMara (2017)

Pada 22 Mei 2017.

Aku telah dipanggil untuk datang ke Giatmara Nilam Puri di Kelantan untuk ditemuduga pada pukul 9 pagi. Aku ambil kursus Masakan & Pramusaji.

Malam tu semua aku prepare siap-siap. Pakaian, sijil-sijil dan segala apa yang perlu.

So, pagi tu aku datang dengan berpakaian kemas. Baju berkemeja, seluar hitam berjenama Wrangler dengan kasut hitam (sport). Tie aku tak pakai sebab tikus awal-awal lagi dah buat breakfast. Seeloknya pakai tielah, nampaklah korang tu ada kesungguhan & keiltizaman yang tinggi untuk berjaya. Dan jangan lupa bawa senyuman sekali.

Sijil-sijil yang ada tu korang masukan semua dalam fail, nanti penemuduga nak tengok. Sijil yang nampak 'cerah masa depan' korang letak dekat depan sekali. Macam sijil MPP, sijil SPM, sijil Pengerusi kelab, sijil Setiausaha Najib, sijil juara pidato. Sijil yang nampak 'mendung berarak kelabu' tu korang letak dekat belakang. Selalunya penemuduga ni tak tengok habispun.

Kalau korang ambil kursus masakan macam aku, masa temuduga tu diaorang akan tanya mengenai bahan-bahan masakan macam bunga cengkih, lengkuas, serai, kayu manis, bunga lawang dan macam-macam lagi. Aku tengok tadi banyak jugaklah bahan yang diaorang letak atas meja. Nanti diaorang akan catit berapa yang korang berjaya dapat jawab.

Dan tak lupa juga ingat nama-nama peralatan memasak. Sebab pagi tadi aku kena bagi nama satu-persatu peralatan memasak yang digunakan. Contohnya, stockpot, sauce pan, colander, hotel pan, wire wisk, paring knife, boning knife, slicer, chopping board dan macam-macam lagilah. Kalau susah sangat nak ingat, sebut je dalam Bahasa Melayu.

Ok. Lepas dah siap semua diaorang tanya pasal bahan-bahan tu, barulah korang akan dibawa berjumpa dengan cikgu yang ditugaskan untuk menemuduga korang. Dalam tu cikgu akan tanyalah, mengenai diri korang, ada minat ke tak, boleh masak apa, boleh ikut tak peraturan yang di tetapkan, nanti keluar dari Giatmara nanti apa produk yang korang boleh hasilkan dan pelbagai lagi soalan yang ditanya.

Update :

Alhamdulillah, aku berjaya diterima masuk ke Giatmara Nilam Puri. Mula-mula masuk memang boring gila tak tahu nak buat apa, masuk minggu ke 2 oklah, seronok sikit. Sebab dah mula belajar mengenal peralatan dan jenis-jenis potongan. Minggu depan akan belajar mengenal bahan-bahan masakan pulak.

Dekat Giatmara Nilam Puri ni best belajar memasak, sebab semua jenis masakan akan diajar kepada pelatih. Ada sesetengah Giatmara tu just belajar buat kek, biskut, roti macam tu je.

Jadi, kalau korang ada minat untuk belajar memasak, aku recommendkan sangat-sangat untuk masuk ke Giatmara. Banyak benda yang korang dapat belajar nanti. Serius tak rugi.

Mengenai yuran pula, ianya dikenakan sebanyak RM422. Elaun pula RM200 sebulan korang bakal terima. Tapi jangan guna secara boros pulak elaun tu, banyak lagi benda yang nak kena buat.

Ok, sekian.

1 ulasan: