Pada 22 Mei 2017.
Aku telah dipanggil untuk datang ke Giatmara Nilam Puri di Kelantan untuk ditemuduga pada pukul 9 pagi. Aku pilih kursus Masakan & Pramusaji.
Malam tu semua aku prepare siap-siap. Pakaian, sijil-sijil dan segala apa yang perlu dibawa.
Jadi, pagi tu aku datang dengan berpakaian kemas. Baju berkemeja, seluar hitam berjenama Wrangler dengan kasut hitam. Tie aku tak pakai sebab tikus awal-awal lagi dah buat breakfast. Seeloknya pakai tielah, nampaklah korang tu ada kesungguhan untuk sertai kursus yang korang pilih.
Bagi lelaki jangan pakai gelang (bangger), cikgu memang tak suka, aku cakap awal-awal. Rambut kena kemas jangan berjuntai macam pohon rambutan. Pakai kasut jangan pakai selipar macam korang nak pergi beli ikan. Sama juga dengan perempuan, jangan nak lip-lap sangat, bersederhana itu lebih baik. Ingat! First impression itu penting.
Sijil-sijil yang mana ada korang masukan semua dalam fail, nanti penemuduga nak tengok. Sijil yang nampak 'cerah masa depan' korang letak dekat depan sekali. Macam sijil MPP, sijil SPM, sijil Pengerusi Kelab, sijil Juara Pidato (kalau adalah). Sijil yang nampak 'mendung berarak kelabu' tu korang letak dekat belakang. Selalunya penemuduga ni tak tengok habispun.
Kalau korang ambil kursus masakan macam aku, masa temuduga tu diaorang akan panggil ke dapur dan pelatih masakan akan tanya mengenai bahan-bahan masakan macam bunga cengkih, lengkuas, serai, kayu manis, bunga lawang, sos ikan, sos tiram dan macam-macam lagi. Aku tengok tadi banyak jugaklah bahan yang diaorang letak atas meja untuk uji mereka yang datang untuk temuduga tadi. Nanti diaorang akan catit berapa yang korang berjaya dapat jawab.
Dan tak lupa juga ingat nama-nama peralatan memasak. Sebab pagi tadi aku kena bagi nama satu-persatu peralatan memasak yang digunakan. Contohnya, stockpot, sauce pan, colander, hotel pan, wire wisk, paring knife, boning knife, slicer, chopping board dan macam-macam lagi. Kalau susah sangat nak ingat, sebut je dalam Bahasa Melayu.
Ok. Lepas dah siap semua diaorang tanya pasal bahan-bahan tu, barulah korang akan dibawa berjumpa dengan cikgu yang ditugaskan untuk menemuduga korang. Dalam tu cikgu akan tanyalah, mengenai diri korang, ada minat ke tak, boleh masak apa, boleh ikut tak peraturan yang di tetapkan, nanti keluar dari Giatmara apa produk yang korang boleh hasilkan dan pelbagai soalan lagi.
Update :
Alhamdulillah, aku berjaya diterima masuk ke Giatmara Nilam Puri. Mula-mula masuk memang bosan tak tahu nak buat apa (sebab aku tak sempat buat minggu orientasi), masuk minggu ke 2 oklah, seronok sikit. Sebab dah mula belajar mengenal peralatan dan jenis-jenis potongan. Minggu depan akan belajar mengenal bahan-bahan masakan pulak.
Dekat Giatmara Nilam Puri ni seronok belajar memasak, sebab semua jenis masakan akan diajar kepada pelatih. Ada sesetengah Giatmara yang lain cuma belajar buat kek, biskut, roti macam tu je.
Jadi, bagi mereka yang mempunyai minat untuk belajar memasak, aku recommendkan sangat-sangat untuk masuk ke Giatmara. Banyak benda yang korang dapat belajar nanti. Serius tak rugi.
Mengenai yuran pula, akan dikenakan sebanyak RM422 (mungkin dimasa hadapan akan berubah). Elaun pula RM200 sebulan korang bakal terima. Tapi jangan guna secara boros pulak elaun tu, banyak lagi benda yang nak kena buat.
Nota tambahan :
Di Giat Mara Nilam Puri kursus-kursus yang disediakan cuma ada tiga, iaitu Kursus Masakan & Pramusaji , Kursus Automotif dan juga Kursus Teknologi Motosikal.
Bagi mereka yang tinggal jauh dari Giatmara, korang jangan risau, rumah sewa ada je dekat tepi-tepi tu. Korang tanyalah cikgu nanti ya. Rumah sewa tu duduk ramai-ramai, kongsi bayar, murah sikit. Tak silap aku rumah sewa tu dalam RM300 lebih kot.
amazing news
BalasPadamI will share it
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamWhen I originally commented I clicked the "Notify me when new comments are added" checkbox and now each time a comment is added I get three e-mails with the same comment. Is there any way you can remove people from that service? Many thanks! netflix sign in
BalasPadamInterview ni ada tak dia tanya pasal sejarah penubuhan giatmara dan isu semasa kat malaysia ke kot2 la kan hahahha sebb 5/6 ni interview nervous la pulak rasa
BalasPadamInterview ni ada tak dia tanya pasal sejarah penubuhan giatmara dan isu semasa kat malaysia ke kot2 la kan hahahha sebb 5/6 ni interview nervous la pulak rasa
BalasPadamAda kawan tak,nak bantu kita
BalasPadamKenapa ada temuduga, bukan ke bagi untuk pelajar ijazah sahaja buat temuduga
BalasPadam3m tu apa heh
BalasPadammembaca / menulis / mengira
PadamMerkur - Ferrari Review
BalasPadamIn this review of Merkur, we will show you why the brand has the best pedigree in motorsports history. The Merkur brand stands a choegocasino few 바카라 사이트 years behind deccasino the