Last-last..
Aku kecewa..
Sebab apa? Sebab kebanyakan produk yang nampak 'OK' rupa-rupanya mereka menggunakan bahan kimia atau bahan terlarang. Ramai yang complaint, awal-awal pakai jenama ni still lagi nampak ayu, lepas dah tak pakai, mulalah muka bermasalah.
Dan nasiblah jugak aku tak beli terus waktu tu. Nampak je testimoni trusted kononya. Muka jadi macam Paridahlah, tangan gebu macam Erra Pajiralah. Itu semua dusta. Scammer kosmestik.
Jadi..
Bertitik tolak dari situ, bermulalah episod pencarian produk organik dari lelaki bujang.
Cari punya cari.
Terserempaklah dengan beberapa produk organik untuk wanita. Nak cari produk organik untuk lelaki memang susah sikit.
Baik.
Bahagian bawah ni antara produk organik yang aku syorkan untuk korang dapatkan. Aku letak sekali link review dari mereka yang dah biasa guna.
Jenama Produk Organik Pertama :
SecretLeaft
Kelebihan Secretleaf
+ Formulasi Natural sejak 2009+ Tanpa Paraben, SLS atau bahan kimia merbahaya
+ Tanpa sumber bahan daripada haiwan
+ Formula Ekslusif, Pengilangan Sendiri
+ Piawai Antarabangsa, GMP, Halal Malaysia & ISO9001:2008
Baca : Review Produk Skincare Secretleaft
Baca : Bagaimana Proses Penghasilan Sesuatu Produk di Secretleaf
Jenama Produk Organik Kedua :
Good Virtues Co
Produk Good Virtues Co ni dah pernah tersiar di dalam akhbar tempatan dan juga telah pun berjaya melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa. Pengasasnya anak tempatan sendiri. Muslimah lagi. Rata-rata pengguna mengatakan produk mereka sangatlah wangi sampai termimpi-mimpi. Adakah ianya benar? Belum cuba, belum tahu. Dah cuba, jangan lupa mimpikan aku. Hoho.
Oh! Lagi satu, produk mereka amatlah berkualiti dengan penawaran harga mampu milik. Itu yang aku suka. Maklumlah, nak beli yang puluh-puluh ringgit mana ada fulus.
Baik.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web mereka Good Virtues Co ataupun Facebook page mereka.
Nota lelaki bujang : Aku tak rasa semua produk Good Virtues Co ni ada jual dekat Watson. Kemungkinan untuk dapatkan keseluruhan produk mereka korang kena lawati laman e-commerce mereka sendiri. Dekat situ semua ada, apa je yang tak ada.
Baca : Product Review - Good Virtues Co
Baca : Ambil Masa 2 Tahun Hasilkan Rangkaian Farmaseutikal Halal
Jenama Produk Organik Ketiga :
The Sabun
Produk The Sabun ni pernah tersiar dalam rancangan Sis di TV9. Aku bukak-bukak je terus keluar pasal The Sabun. Aku pun duduklah sekejap tengok-tengok apa yang menarik pasal The Sabun ni.
Apa yang aku ingat, pengasas The Sabun adalah seorang wanita (ofkozlah) dan beliau alergi terhadap sabun. Katanya tak boleh kena air sabun, bila kena je tangan akan menggelupas. Macam aku jugak. Jadi, bermula dari situ, tercetuslah idea untuk cipta sabun sendiri. homemade punya sabun yang sesuai untuk tangan beliau. Lepas buat-buat sabun tu semua, suami sis ni pun cakaplah dekat dia kenapa tak pasarkan, boleh orang lain dapat manfaat sekali. Jadi, sis ni pun mulalah pasarkan produk tersebut yang sekarang di kenali dengan nama The Sabun.
Maka, tamatlah cerita mereka.
Baik. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman e-commerce mereka ataupun Facebook page mereka. Nak baca testimoni pun ada dekat laman e-commerce tu.
Secara ringkasnya, The Sabun ni homemade 100% organik dan dibuat oleh anak tempatan sendiri dan.. dan.. sesuai untuk kulit yang sensitif. Bukan sabun je ada, scrub badan ada, deodorant ada, scrub bibir ada, rasa macam nak makan pun ada.
Jenama Produk Organik Keempat :
Cetaphil (update 2019)
Produk Cetaphil ni aku dah guna lama, selalunya beli dekat Lazada. Lebih murah dan berbaloi. Aku beli yang 1liter terus, puas hati. Bagi yang kulitnya sensitif macam aku, aku syorkan untuk guna Cetaphil dan bagi yang ada masalah jerawatpun boleh guna jugak, Cetaphil Cleanser, sebab sebelum ni aku pakai Garnier, Safi dan kebanyakkan produk yang berlehar-legar dalam iklan TV tak menjadi untuk aku. Dan lebih teruk, jerawat makin seronok berdansa dekat pipi muka. Bila pakai Cetaphil ni, walau lambat sikit, tapi elok untuk muka aku. Menjadi, Alhamdulillah.
Produk Cetaphil ni aku rasa tak perlulah meleret-leret sangat bercerita, sebab produk ni well-known untuk penjagaan muka, badan, tangan dan untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif. Review pasal produk Cetaphil ni pun banyak dekat YouTube. Boleh search ya nanti.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan